Wednesday 4 July 2012

Aduh....sakitnya, myesal aku bawa basikal laju-laju. Konon nak tunjuk hebat tapi malang tak berbau...takpelah asalkan selamat.lagipun seronok juga sebagai kenangan dan pengalamam sepanjang hidup.

Sampai dah, rehat kejap....Inilah jambatan Pulau Sekati. Para fasilatator sedang menikmati keindahan pemandangan dan udara segar di jambatan Pulau Sekati. Ini...kat bawah ni, apo pulo ni..main apa pulo ni....

Alhamdulillah, sampai dah kat Pulau Sekati. Lega ....rasanya. Walaupun penat sepanjang perjalanan namun para peserta tetap seronok kerana berjaya mengharungi perjalanan dengan selamat.

Gambar atas menunjukkan Kumpulan Pengakap 40 bergambar bersama Pengerusi JKK Pulau Sekati di Perkarangan Surau Kampung Pulau Sekatai setelah sampai di sana. Sebelum aktiviti kembara mengelilingi Kampung Pulau Sekati, semua ahli Pengakap 40 bersama dengan guru-guru pemimpin dan fasilitator diberi taklimat dan penerangan oleh Pengerusi JKK Pulau Sekati tentang keadaan dan suasana Pulau Sekati. Beliau menasihatkan agar kumpulan pengakap bergerak dalam kumpulan demi untuk keselamatan. Kumpulan Pengakap 40 disambut dengan mesra dan diberikan kerjasama yang sangat baik daripada penduduk kampung. Kumpulan Pengakap 40 sangat gembira dan begitu seronok dengan aktiviti ini.Gambar yang kedua menunjukkan ahli pengakap sedang dalam perjalanan Kembara Berbasikal ke Pulau Sekati dengan diiringi oleh guru pemimpin dan fasilitator. Perjalanan berjalan dengan lancar dan selamat.
Kumpulan Perkhemahan Scout 2011. Kemas, Segak dan bergaya. Kumpulan ini diketuai oleh Tuan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kuala Terengganu Puan Roslezah Hussin.