Tuesday 25 June 2013

Pertolongan Cemas( Ikatan anduh)

KAIN ANDUH


KEGUNAAN KAIN ANDUH
·         Mengampu bahagian yang cedera atau patah
·         Menghenti atau menahan pendarahan
·         Menetapkan bahagian yang cedera
·         Dapat digunakan sebagai pengipas
·         Menutup tempat yang luka atau cedera
·         Sebagai pengelap atau karung tuaman sejuk

ANDUH BESAR/ANDUH LENGAN
·         Mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera
·         Mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas
nImage
 Image
-Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera.
-Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu.
-Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat
ke bahagian dalam supaya nampak lebih kemas.
Fungsi:
- mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
- mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
Image
Anduh kecil/ Anduh pergelangan tangan
-Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan
bucu atas kain anduh di atas tangan. 
-Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. 
-Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan.
 Image
Image
Pembalut cincin
-Balutan ini digunakan apabila cedera tekena atau tertusuk objek tajam.
-Diperbuat daripada pembalut tirus.
-Digunakan untuk menutup luka.