Tuesday 3 July 2012










Inilah antara aktiviti yang dijalankan oleh ahli pengakap semasa perkhemahan. Walaupun dalam kepenatan namun ahli pengakap sentiasa bersemangat dan memberikan komitmen yang baik dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Ni...main apa ni, main suluh-suluh lampu ni..tak nampak ke budak besar tu....
Wah, seronok nampak buat aktiviti ni. Tak penat ke!!!!
Kembara Buta bersama Sir Zawawi dan Cikgu Faiz. Bertujuan untuk memberi peluang kepada ahli pengakap untuk merasai suasana dan keadaan berjalan dalam gelap gelita. Aktiviti ini akan mendidik mereka agar sabar dan berhati-hati ketika menghadapi kesusahan dan kesukaran dalam kehidupan.
Sekawan Pengakap. Sehati Sejiwa, Berpengakap Bersama. Rapatkan Silaturahim.Tuntutan Agama.Mudah-mudahan dirahmati Allah.

Sekawan Pengakap



Inilah Suasana Kembara Malam. Ahli pengakap melakukan pelbagai aktiviti diwaktu malam untuk melatih mereka agar mempunyai ketahanan fizikal dan mental agar menjadi seorang pengakap yang mempunyai jati diri. Latihan dan pendedahan ini juga dibuat sebagai persediaan untuk mereka mengahadapi kehidupan yang sebenarnya setelah mereka dewasa kelak. Aktiviti ini juga bertujuan untuk melahirkan seorang pengakap yang kreatif dan enovatif dalam menghadapi kehidupan yang semakin mencabar. Aktiviti seperti ini juga memberi peluang kepada mereka untuk merasai sendiri tentang pahit maung kehidupan. Mudaha-mudahan aktiviti yang dijalankan ini akan menjadi  aktiviti tahunan bagi Pengakap Sk. Losong.