Gambar atas menunjukkan Kumpulan Pengakap 40 bergambar bersama Pengerusi JKK Pulau Sekati di Perkarangan Surau Kampung Pulau Sekatai setelah sampai di sana. Sebelum aktiviti kembara mengelilingi Kampung Pulau Sekati, semua ahli Pengakap 40 bersama dengan guru-guru pemimpin dan fasilitator diberi taklimat dan penerangan oleh Pengerusi JKK Pulau Sekati tentang keadaan dan suasana Pulau Sekati. Beliau menasihatkan agar kumpulan pengakap bergerak dalam kumpulan demi untuk keselamatan. Kumpulan Pengakap 40 disambut dengan mesra dan diberikan kerjasama yang sangat baik daripada penduduk kampung. Kumpulan Pengakap 40 sangat gembira dan begitu seronok dengan aktiviti ini.Gambar yang kedua menunjukkan ahli pengakap sedang dalam perjalanan Kembara Berbasikal ke Pulau Sekati dengan diiringi oleh guru pemimpin dan fasilitator. Perjalanan berjalan dengan lancar dan selamat.
No comments:
Post a Comment