Saturday 23 February 2013

Perkhemahan Pentaulian Ketua Petrol Pengakap Kanak-kanak 2013

 Wah,...santai nampak. Baru terima sijil tamat Camplah...
 Inilah Sijil yang saya terima. Setelah tiga hari dua malam berkhemah baru dapat sijil ni...
 Masing-masing menunggu untuk mendapatkan sijil .
 Bergambar bersama jurulatih buat kenanganlah.....
Inilah barisan Pegawai dan Jurulatih Kursus Pentaulian Ketua Petrol Pengakap kanak-kanak Negeri Terengganu bagi Tahun 2013.Kursus ini bermula pada 21.2 hingga 24.2.2013 bertempat di Akademi Pengakap Negeri Terengganu. Disertai 150 ahli pengakap yang diwakili seorang bagi setiap sekolah. Kursus ini melayakkan peserta untuk menerima tiga calet dan layak menerima gelaran Ketua Pek. Peserta Sekolah Kebangsaan losong diwakili oleh Long Muhd Haziq bin Long Hassan pelajar Tahun 6 Takwa.

Tuesday 22 January 2013

PERJUMPAAN MINGGUAN

Aktiviti Koko dimulakan dengan solat zohor berjemaah. Semua pelajar dan guru lelaki diwajibkan solat berjemaah di dewan SK Losong. Imam Solat Zohor mengikut jadual bertugas mingguan. Solat kali ini diImamkan oleh Imam Besar   SK Losong merangkap Ketua Imam Masjid Kampung Tiruk Serada Maulana Ustaz Sukri Abdullah. Turut bersama iaitu Imam Besar Kg. Bangol Serada Maulana Ustaz Omar Ibrahim.


Gambar seterusnya ialah aktiviti "Laung Agung " pengakap kanak-kanak. Aktiviti ini dijalankan sebagai pembuka majlis atau permulaan bagi setiap aktiviti pengakap.